Pintar Wang: Terbakarnya Wang

Sunday, January 2, 2011

Terbakarnya Wang

Anda sudah tentu mula tertanya-tanya pada diri anda, apakah yang dimaksudkan dengan "Terbakarnya Wang". Adakah ia dimaksudkan dengan terbakarnya wang yang banyak disimpan di bank atau rumah apabila berlakunya kebakaran??oh tidak, bukan itu yang saya maksudkan. Wang terbakar apabila anda membelanjakan wang anda dengan merokok.

Rokok!!tahukah anda banyak memberi mudarat berbanding kebaikan. Ada orang berpendapat dengan merokok dapat menghilangkan stress. Sebenarnya ia hanya bersifat sementara sahaja tetapi kesan yang jauh lebih buruk akan menimpa anda??fikir-fikirkan laa..

Baiklah saya tidak akan membiarkan anda begitu sahaja, saya mahu melihat daripada satu sudut sahaja. Ya sudah tentu, lain tak bukan KEWANGAN ANDA!!

Pernahkah anda terfikir berapa banyak anda telah peruntukkan untuk merokok, sekiranya anda merokok??Baru-baru ini kita dapati, Mengikut the star, harga rokok akan naik mulai 4 Oktober 2010 sebanyak 70 sen kepada RM10 sekotak 20 batang.

Kenaikan ini adalah antara yang tertinggi dalam sejarah, normally ianya di antara 10 sen to 30 sen. Manakala rokok yang bergred tinggi berharga RM14 sekotak.

Jom kita buat pengiraan sedikit tentang rokok. Katakanlah seorang pak cik. yang sudah bermula merokok pada usia beliau 18tahun, kini usianya mencecah 58tahun. Memandang pak cik ini sudah 40tahun merokok, kita ambil sehari RM6 untuk perbelanjaan merokoknya. Maknanya sebulan x RM6 = RM 180. Apa kata kalau kita laburkan duit ini dengan pulangan 15 % setahun selama 40 tahun. Agak-agak anda berapakah jumlah yang anda akan dapat dengan menggunakan 'financial calculator'.

Bayangkan hasil keseluruhan PEMBAKARAN INI MENCECAH = RM 4,148,400.69!!! Wah..andakah anda terkejut dengan jumlah ini??Mana tidaknya anda mampu bergelar jutawan tanpa merokok!! Siapa kata ornag melayu tak boleh jadi kaya dan duduk di bawah orang cina?? Renung-renungkanlahh...

No comments: