Wednesday, January 5, 2011

SYOK KE HIDUP BERHUTANG??

Mungkin anda antara jutaan rakyat Malaysia yang dibelenggu hutang sekeliling pinggang..Ahhh... mana ada orang hidup tanpa hutang??..MUSTAHIL!! Ini mungkin pemikiran ramai orang pada masa kini. Lebih-lebih lagi yang menggunakan kad kredit secara tidak bijaksana...Ada juga sanggup berhutang asalkan nampak hebat bergaya dengan memegang prinsip “Biar Papa Asalkan Bergaya”..Adakah anda juga tergolong dalam mereka yang berpendapat “MUSTAHIL HIDUP TANPA BERHUTANG”???



Dulu saya juga tergolong dalam kelompok yang berpendapat sedemikian, namun kini tidak lagi..Saya melihat masyarakat terutamanya orang di sekeliling saya semuanya berhutang. Melihat situasi ini, timbul satu persoalan di benak fikiran ini “SYOK KE HIDUP BERHUTANG”??? HUTANG...Kenapa orang berhutang??? Sudah tentu ramai yang memberi jawapan seperti ini,... gaji kecil, harga petrol naik, harga barang mahal dan sentiasa naik dan mustahil turun kecuali hujan. Pendek kata kos hidup sekarang sangat tinggi...Anda setuju tak?? Comfirm setuju punya le...Memang tidak dapat disangkal hakikat ini. Kita memang boleh memberi pelbagai alasan dan sebab musabab mengapa duit tidak mencukupi dan seterusnya terpaksa berhutang. Tapi jawapannya bukan segala alasan yang anda senaraikan yang boleh ditulis berpanjang jela setelah otak anda dikerah. Pokoknya adalah disebabkan “KEGAGALAN ANDA MENGURUS KEWANGAN” dengan baik. Inilah jawapannya setelah saya mengambil sedikit waktu untuk berfikir. ALLAH menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir, kalau hidup tanpa berfikir, bolehlah diibaratkan macam “MAYAT HIDUP”. Sia-sia hidup jika malas berfikir...

Tidak kira betapa besarnya pendapatan anda, jika anda gagal mengurusnya, tetap tidak mencukupi. Maklumlah kehendak manusia ini tidak terhad. Bak kata pepatah “Semakin besar periuk nasi, makin besarlah keraknya”. Oleh itu, ilmu perancangan kewangan adalah sangat penting dalam kehidupan ini. Penangan “WANG” cukup hebat...kerana wang manusia bergaduh, sanggup berbunuhan, rumahtangga runtuh dek tangga (wang) tak kukuh, tak bayar hutang pun boleh dapat nahas kalau anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya..Ehem ehem..AHLONG!!!!

Ada juga orang berhutang sebab dah jadi tabiat. Mana tidaknya, asal tak cukup duit je, pergi berhutang. Terlalu mudah meminta untuk berhutang tanpa usaha menyebabkan dah jadi macam kerja rutin harian pulak. Sesuatu perbuatan yang sering diulang-ulang, tambah-tambah 40 kali berturut-turut akan menjadi tabiat. Memang seronok waktu meminjam tapi padahnya di kemudian hari. Tambah-tambah hutang dengan AHLONG. Masa pinjam memang seronok sebab senang-senang je dapat wang, tapi masa nak bayar, dah tambah dengan faedahnya boleh juling mata kita tengok...

Aggrrhhh..seksenya hidup di kelilingi hutang. Macam-macam nak bayar, hutang kereta, hutang PTPTN, loan peribadi, rumah, hutang ahli keluarga dan rakan (lagi dasyat kalau ada hutang dengan ceti haram seperti AHLONG ).. Inilah keluhan orang yang banyak sangat berhutang. Agak-agak anda seronok ke hidup di keliling hutang?? Fikir-fikirkanlah...Saban hari, banyak kedengaran nasib rakan-rakan kita yang berhutang dengan AHLONG di dada-dada akhbar, televisyen dan juga di internet. MASYALLAH...mengerikan. Hidup ibarat haiwan buruan yang sedang diburu oleh pemburu yang ganas lagi kejam. Cuba anda bayangkan...

So “BANYAK HUTANG HATI PUN BIMBANG”...Setuju tak anda?? Jadi kepada mereka yang gemar berhutang, taubatlah dan insaflah daripada sikap boros dan membazir. Berdoalah kepada ALLAH agar dipermudahkan kita menjelaskan hutang sebelum menghebuskan nafas terakhir. Orang yang gagal membayar hutang, rohnya terawang-awang dek kerana hutang.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.
Percayalah, hidup akan lebih seronok, selesa, bahagia dan aman damai tanpa “HUTANG”. Mana tidaknya, tak ada orang bank yang menghantui anda untuk bayar ansuran bulanan pinjaman, atau anda terselamat daripada buruan AHLONG. Lakukan perubahan yang positif dalam kehidupan anda melalui perancangan dan pengurusan kewangan yang bijak. Pelajarilah ilmu perancangan kewangan demi menjamin kewangan keluarga anda di masa hadapan. Walau bagaimanapun, Islam tidak melarang kita berhutang. Jika hutang yang bijak seperti hutang membeli rumah adalah diharuskan. Namun, kebanyakan orang kita berhutang yang tidak membawa manfaat dan boleh dilabelkan sebagai “HUTANG YANG TIDAK SIHAT” akibat sikap boros, membazir dan jahil ilmu perancangan kewangan.