Saturday, February 26, 2011

MUDA-MUDA LAH HENDAK MENABUNG

Masa merupakan elemen penting yang sangat luar biasa bagi menjadikan simpanan sederhana kepada pengumpulan kekayaan yang signifikan. Katakan, jika kita mula membuat simpanan pada awal lagi, ketika usia baru mencecah 25 dengan mengetepikan RM167 setiap bulan dengan pulangan tahunan sebanyak 11 peratus, bayangkan apa yang diraih selepas 40 tahun kemudian??Tidakkah ia akan meningkat kepada RM1.2 juta (kaedah compounding rate) WOW banyak tu,..eh pak man tutup mulut tu janganlah terkejut sampai macam tu sekali (hehe).
Betapa indahnya zaman persaraan jika memiliki wang sebanyak itu. Eh tetapi anda jangan lupa masa tu anda baru berumur 40 TAHUN!!. Agak-agak Pernah terfikirkah anda akan dapat wang simpanan sebanyak RM1.2juta pada usia yang muda???katakanlah gaji anda sebulan RM2000, tak mampukah anda untuk mengetepikan RM167 itu??Wah,..Itu baru RM167, cuba anda bayangkan kalau RM200,RM300??
Sekarang, bayangkan pula jika kita mulakan simpanan pada usia lewat iaitu 45 tahun. Memandangkan kita mahu mengejar masa, maka kita menggandakan simpanan kita menjadikan RM334 setiap bulan. Selepas 20 tahun menyimpan, ia akan berakhir dengan RM285,000.
Dalam setiap kes itu, kita telah melabur RM80,000. Jelaslah, membuat tabungan atau simpanan awal biarpun dalam jumlah yang sedikit mampu membuat perbezaan dalam kehidupan anda. ‘Compounding rate’ ini harus diambil perhatian dan seharusnya menggalakkan graduan menyimpan seawal mungkin dan inilah pengurusan kewanagn yang betul dan sistematik.
Pendek kata, jika anda mulakan tabungan pada usia awal dan dengan kerap, elak hutang kad kredit dan hemat berbelanja, anda akan menuju kehidupan ke arah kebebasan kewangan.
Sentiasa berwaspada terhadap kewangan peribadi untuk mengelak sebarang masalah kewangan disebabkan kejahilan. Jangan biarkan anda terperangkap dengan masalah hutang. Pastikan anda tidak berpegang kepada prinsip “Biar Papa Asalkan Bergaya”. Mungkin boleh disyorkan kepada graduan baru cara menguruskan wang gaji dengan betul dengan menghubungi kami dengan segera!!
Sila Hubungi Consultant Anda di Talian : 017-2139474