Saturday, April 30, 2011

Anda perlu faham bahawa KWSP bertujuan untuk simpanan persaraan.. Pengeluaran KWSP bagi tujuan Pelaburan adalah untuk menggandakan lagi simpanan itu, bukan mengurangkan. Oleh sebab itu, kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 1 bagi tujuan ini. Untuk pengetahuan, jika anda ingin membeli rumah dsb, anda hanya boleh mengeluarkan dari Akaun 2 sahaja. Sebaliknya sebahagian besar wang simpanan persaraan anda berada di dalam Akaun 1.

Malah, petikan daripada laman web KWSP sendiri menyatakan:
'Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi MENAMBAH DAN MENINGKATKAN simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.'

Keuntungan kwsp hanya 4-5% setahun tetapi di Public Mutual, anda boleh memperoleh lebih drpd 10% setahun.. Sebagai contoh, jika anda berusia 25 thn dan RM10,000 dibiarkan dalam kwsp, anda mungkin memperoleh RM32,000 pada 30 tahun akan datang (ketika anda berusia 55 thn)..tetapi jika anda keluarkan RM10,000 ini drpd KWSP untuk dilaburkan ke dlm Public Mutual, anda berpeluang memperoleh sebanyak RM299,000 atau lebih drpd itu ketika berusia 55thn nanti.. Jadi, mana satu pilihan anda?

Simpanan persaraan ini juga tidak akan habis jika dikeluarkan kerana pencarum tidak dibenarkan memegang wang tersebut secara langsung. Sebaliknya pihak pengurusan unit trust akan menguruskan pengeluaran kwsp itu bagi pihak anda. Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah menghubungi saya dan mengisi borang permohonan. Setelah permohonan diproses, wang tersebut akan terus dilaburkan dan jika anda ingin menjual pelaburan, wang itu bersama keuntungan pelaburan akan dikembalikan semula ke dlm akaun KWSP anda dan anda hanya boleh mengeluarkannya apabila mencapai usia 55 tahun. Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk bersara kelak :)

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Anak Syarikat Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini berjaya merangkul anugerah ‘Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik’ dalam majlis Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper 2011.
Public Mutual juga dinobatkan sebagai pemenang terbesar pada majlis berkenaan dengan menggondol sembilan daripada 32 anugerah yang dipertandingkan.
Pengerusinya, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, Public Mutual berjaya mengekalkan status dominan dengan mengekalkan rekod pemenang terbesar untuk lapan tahun berturut-turut dalam anugerah berkenaan.
Menurutnya, beliau berbangga dengan pencapaian yang cemerlang tersebut walaupun berhadapan dengan pasaran meruap pada tahun lalu.
”Anugerah ini merupakan bukti jitu dan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan pemegang-pemegang unit kami.
”Setakat ini, Public Mutual sudah menerima 169 anugerah dalam industri ini dan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat,” kata beliau.
Antara anugerah terbaik yang dimenangi Public Mutual adalah, Kumpulan Dana Keseluruhan, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana, Ekuiti Asia Pasifik, Ekuiti Asia Pasifik tidak termasuk Jepun dan Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana.
Selain itu Public Mutual turut memenangi anugerah terbaik bagi kategori Bon RM-Islam , Bon RM 10 tahun, Ekuiti Malaysia Bermodal Kecil dan Sederhana 10 tahun dan Ekuiti Malaysia – Islam 10 tahun.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan mengurus sebanyak 84 dana.
Syarikat itu juga mempunyai seramai lebih 2,380,000 pemegang akaun dan pada 31 Januari 2011 dengan jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan sebanyak RM40.93 bilion.