Pintar Wang: Buku Akaun tahun baru

Sunday, January 2, 2011

Buku Akaun tahun baru


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Tahun 2010 telahpun melabuhkan tirainya dan anda sekarang ini sudahpun masuk tahun 2011.  Apakah azam anda pada tahun lepas telah tercapai?
Jika sudah tercapai, saya ingin ucapkan tahniah kepada anda. Tetapi kalau belum tercapai apa yang dirancang pada tahun lepas, anda dan juga saya perlu tanya pada diri sendiri, di manakah salah dan silapnya kita dan atur semula strategi. Kita perlu belajar daripada kesilapan dan terus-menerus berusaha membaiki setiap kelemahan yang ada dalam diri kita.

Sebagaimana Firman Allah S.W.T, sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra'd (ayat 11).


Merancang dalam setiap perkara yang anda hendak lakukan. Apabila anda mempunyai perancangan yang rapi, insyaAllah anda pasti akan mencapai apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Jangan biarkan impian anda terkubur buat selama-lamanya, bangkitlah dan berjuanglah selagimana anda mampu.

Banyakkanlah membaca kerana membaca buku-buku yang berkaitan dengan impian anda itu, pasti banyak idea-idea yang dapat anda cungkilkan dan semestinya akan membakar lagi semangat anda. seterusnya aplikasilah dengan apa yang telah anda baca.


Jangan lupa pula untuk membuat perancangan kewangan peribadi awal tahun supaya segala-gala yang anda idam-idamkan selama ini menjadi kenyataan. Seolah-olah anda bermimpi di siang hari!! Sekiranya anda pernah bercita-cita untuk menjadi pilot tapi tak kesampaian, anda boleh membuat pelaburan untuk menaja anak-anak anda menjadi seorang pilot.

Secara ringkasnya, Perancangan Kewangan mempunyai kuasa untuk menentukan corak kehidupan dan masa depan anda termasuklah impian anda dalam kehidupan seperti membeli kereta, rumah, berumah tangga, mendapat cahaya mata, menunaikan haji dan melancong ke seluruh dunia. Lagi awal anda merancang, lebih mudah untuk anda mencapai apa yang diidam-idamkan.

Selamat maju jaya...





No comments: